Dalam surah ini (ayat 11-15) , Allah SWT berfirman, bagaimana keingkaran kaum Tsamud mematuhi perintah Allah SWT yang dibawakan oleh Nabi Soleh, menerima azab daripada Allah SWT.
Para ahli tafsir mengatakan bahawa suatu hari kaum Thamud mengumpulkan masyarakat di dalam satu pasukan. dalam pertemuan itu, nabi Soleh as turut hadir. Kesempatan itu digunakan beliau untuk menyeru mereka supaya menyembah Allah SWT. Nabi Soleh as memberi peringatan dan membawa perintah Allah SWT kepada mereka.
Mereka menjawab :"Baiklah! tapi buktikan dahulu. Engkau mestilah menciptakan seekor unta yang keluar dari batu-batu yang keras itu." Mereka mengatakan begitu sambil menunjuk ke arah batu-batu keras yang terdampar dihadapan mereka. Belum cukup dengan permintaan itu, mereka memberi beberapa syarat mengenai sifat-sifat unta itu yang dilengkapi pula dengan nama dan pangkatnya.
Nabi Soleh as berkata : " Bagaimana reaksi kamu, kalau aku sanggup memenuhi permintaan itu sesuai dengan tuntutan kamu. Apakah kamu akan beriman terhadap risalah yang aku bawa kepadamu dan kamu mahu membenarkan ajaran yang aku utuskan untuk membawanya?". Mereka menjawab : "Ya! Kami akan mengakui kebenarannya."
Gambar Hiasan : Bagaimana Nabi Allah Soleh as mengeluarkan unta dari batu celahan batu yang keras dengan izin Allah SWT |
Satu perjanjian yang mengikat mereka segera disepakati. Nabi Soleh as kemudian bangkit dari tempat duduknya menuju tempat solat. Disitu beliau bermunajat kepada Allah SWT dengan segala kemampuannya. Beliau berdoa memohon kepada Allah SWT supaya mengabulkan tuntutan mereka. Ketika itu juga, Allah SWT memerintahkan batu-batu keras dihadapan mereka mengeluarkan seekor unta betina yang besar. Sifat-sifat unta itu sesuai dengan tuntutan mereka.
Apabila mereka melihat kejadian yang amat luar biasa itu dan ianya sebagai bukti yang amat jelas dihadapan mata mereka sendiri, maka sebahagian diantara mereka terus beriman tetapi ada yang tetap mempertahankan kekafiran, kesesatan dan penentangannya. Oleh sebab itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Maka mereka mengingkarinya."
Doa Nabi Soleh dimakbulkan oleh Allah SWT dengan keluarnya unta betina yang besar dengan sifat yang diminta oleh kaum Tsamud. |
Maksudnya, mereka masih menolak untuk mengakui kebenaran itu dan tidak mahu mengikutinya. Namun salah seorang pemimpin mereka yang beriman bernama Junda Bin Amru bin Muhlah bin Lubaid bin Juwas dan setelah menyatakan beriman, dia tetap dengan keislamannya.
Sikap terbuka yang mahu mengakui kebenaran Soleh segera mendapat tentangan dari mereka yang masih enggan menerima risalah nabi Soleh. Penentangan secara terbuka itu dilakukan oleh Zuab bin Amru bin Lubaid dan Habbab, pemilik berhala yang menjadi berhala mereka iaitu Rabab bin Sha'ru bin Jalmas.
Dengan keimanannya itu, sepupu Junda yang bernama Syhah bin Khulaifah agar turut bersamanya. Dia termasuk orang yang dihormati dikalangan mereka. Pada mulanya Syhab tertarik untuk beriman, tetapi mereka segera bertindak menghalang niatnya. Dia gagal mengikuti ajakan saudaranya dan cenderung kepada mereka. Dalam perebutan Syhab salah seorang telah menyatakan beriman telah mendendangkan syair. Dia bernama Muhrasy bin Ghunmah bin Zamil.
Dengan munculnya mukjizat itu maka Soleh as berkata : " Inilah unta milik Allah SWT (surah Hud : 64). Pengembalian unta itu kepada Allah SWT adalah sebagai satu bentuk sandaran tasyrif (pemuliaan) dan ta'zhim (pengagungan). Padanan kalimah itu seperti orang yang berkata : "Baitullah atau Abdullah?". Hud berkata seperti yang terdapat dalam ayat yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Hud :64.
Ketika itu juga sebahagian daripada mereka bersepakat membiarkan unta itu dikawasan mereka. Ia bebas mencari makanan dimana sahaja dikawasan tanah mereka. Dalam soal minumannya, beliau meminta ketetapan untuk bergilir-gilir selang sehari. Apabila tiba giliranunta Nabi Soleh untuk meminum air perigi, tiba-tiba mereka bertindak dengan meingkatkan keperluan mereka untuk hari esok.
Mereka berkata: "Bagi mereka sudah cukup meminum air susu unta itu." Sikap ini dibantah oleh Nabi Soleh. Beliau berkata : "Ia mempunyai hak giliran untuk minum dan kamu juga mempunyai hak giliran untuk minum sesuai dengan hari yang ditentukan." Tindakan menyalahi peraturan itu sebelumnya sudah disebut oleh Allah dalam surah Al-Qamar, ayat 27. Maksudnya kehadiran unta itu menjadi iktibar bagi mereka. Adakah mereka akan beriman atau tetap kafir? Allah SWT lebih mengetahui tindakan yang dilakukan oleh kaum Thamud, maka dengan itu Nabi Soleh diminta untuk menunggu reaksi mereka dengan hati yang sabar.
Setelah lama, unta Nabi Soleh berada disitu, para ketua kaum Thamud mengadakan perjumpaan dan menyuarakan hasrat hati mereka untuk memenggal unta Nabi Soleh (sembelih). Dengan itu tempat minum binatang ternakan mereka tidak diganggu oleh kehadiran unta itu. Cadangan mereka segera mendapat sambutan syaitan. Mereka dipujuk agar mempercepatkan tindakan mereka. Memang benar, tidak lama selepas memenggal unta Nabi Soleh, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A'raf (ayat 77).
Dalam peristiwa memenggal unta, setiap kelompok mempunyai ketua dan yang bertindak sebagai penyembelih adalah Qadar bin Salaf bin Junda. Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah anak hasil dari hubungan zina. Dia dilahirkan ditempat tidur Salaf dan dia sendiri anak lelaki Shaiban. Tindakan Qadar itu adalah berdasarkan pada kesepakatan mereka kerana itu adalah tanggungjawab yang dipikul bersama.
Ibnu Jarir dan para ahli pentafsir yang lain mengatakan bahawa ada dua orang perempuan dari kaum Thamud, salah satu diantaranya bernama Shaduq. Dia anak perempuan Mahyan bin Zubir bin Mokhtar. Dia adalah golongan bangsawan yang kaya. Asalnya dia diperisterikan oleh seorang muslim yang mengikuti Soleh, lalu dia meminta cerai. Shaduq mengundang sepupunya yang bernama Mushra bin Munhaj bin Mahya. Dia menawarkan dirinya untuk memperisterikan Mushra dengan syarat Mushra harus memenggal unta Nabi Soleh as.
Adapun perempuan yang kedua pula bernama 'Unbazah binti Ghanimn bin Mujlaz. Gelarannya adalah ummu Ghunmah. Dia seorang tua yang amat kafir. Dia mempunya beberapa anak perempuan dari hasil perkahwinannya dengan Zuaab bin Amru, salah seorang ketua kaum Thamud. Perempuan itu menawarkan anak-anak perempuannya kepada Qadar bin Salaf, dengan syarat dia harus memenggal unta itu. Jika berjaya, dia bebas memilih salah seorang diantara anak perempuan.
Semangat dua orang pemuda itu membakar untuk melaksanakannya demi memenuhi syarat yang ditawarkan oleh dua orang perempuan itu. Mereka bertekad untuk memenggal unta Nabi Soleh. Mereka bergegas bertemu kelompok masing-masing sambil menyampaikan tawaran dua perempuan tadi. Tujuh orang dari angkatan pemuda mereka bersetuju terhadap tawaran itu, sehingga jumlah mereka menjadi sembilan orang. Jumlah itu sesuai sepertimana yang diterangkan dalam Al-Quran. Mereka ini terkenal sebagai anak muda yang suka berbuat kejahatan seperti yang terdapat di dalam Surah An-Naml (ayat 48).
Sembilan orang pemuda itu cuba mendekati kabilah yang belum mendengari tawaran tersebut. Mereka menyampaikan rancangan mereka untuk memenggal unta Nabi Soleh. Rancangan itu ternyata mendapat sambutan. Mereka segera berangkat mencari unta Nabi Soleh. Setelah ditemui, Mushra segera melemparkan lembingnya. lemparan lembing Mushra tepat mengenai bahagian kaki. Unta itu rebah.
Beberapa orang perempuan bergegas datang dan menyesali perbuatan mereka membunuh unta itu. Wajah-wajah mereka nampak sedih dan menyesali tindakan mereka yang biadab itu. Mereka meminta Qadar menghunus pedang lalu dihunuskan ke bahagian leher. Unta itu jatuh ke bumi dengan satu keluhan yang menyayat hati, bagai ia mengkhuatiri anaknya. Sekali lagi Qadar menikam dibahagian perut dan akhirnya memotong lehernya. Anak unta itu berlari menuju ke bukit tidak jauh dari tempat itu. Tiba-tiba ia mengeluh tiga kali.
Abdul Razak mengatakan riwayat yang diterima dari Mu'ammar dari seseorang yang mendengar percakapan al-Hasan. Dia berkata bahawa ketika itu anak unta mengeluh sambil berkata: "Wahai Tuhan! Dimana ibuku?". Kemudian dia masuk ke dalam batu-batu besar dan keras dan lenyap disana. Ada pula yang mengatakan bahawa anak unta itu turut dipenggal oleh mereka sebagaimana diterangkan di dalam ayat yang bermaksud: "Maka mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap unta itu dan membunuhnya. Alangkah dahsyatnya azab Ku dan ancamanku." (Surah al-Qadar :29-30).
Dalam surah Asy-Syams, Allah SWT menyebut melalui firmannya yang bermaksud : "Ketika bangkit orang yang paling celaka diantara mereka, lalu Soleh berkata kepada mereka : "Biarkanlah unta betina (milik) Allah itu dan juga minumannya. Mereka membunuh unta itu. Maka Tuhan menghancurkan mereka disebabkan dosa-dosa mereka. mereka dimusnahkan sehingga menjadi rata dengan tanah. Allah tidak takut (menyesali) akibat dari tindakan-Nya.
Diterangkan bahawa ketika mereka membunuh unta itu beramai-ramai, orang yang memulakannya adalah Qadar bin Salaf. Semoga Allah SWT melaknatnya. Mula-mula yang dilakukannya adalah urat besar dibahagian tumit (kaki). Unta itu pun rebah. Mereka segera merejamnya dengan pedang. Peristiwa yang amat tragis itu membuatkan anak unta itu ketakutan. Ia menjauhkan diri dan berlari menuju ke bukit dan mengeluh tiga kali. Atas tindakan biadab mereka ini, Soleh as berkata : "Silalah kamu bersuka ria dirumah-rumahmu selama tiga hari."
Ancaman ini pun dianggap main-main oleh mereka bahkan yang sukar diterima akal yang sihat ketika mereka hendak melaksanakan niat jahat untuk membunuh unta itu, sedangkan sebelum itu mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa kita bersungguh-sungguh akan menyerangnya serta keluarganya."
Menyentuh tentang rancangan jahat mereka, al-Quran ada menyebut dalam Surah An-naml (ayat 49). Oleh sebab itu, sebelum mereka dapat melaksanakan rancangan jahat mereka untuk menganiaya Nabi Soleh dan keluarganya, Allah SWT telah mengirimkan batu-batu menghujani mereka. ketika itu jugalah kegagalan telah mendahului rancangan mereka. Peristiwa besar yang menimpa kaum Thamud itu terjadi pada hari Khamis. Hari itu adalah permulaan kepada hari penantian. Wajah-wajah mereka berubah menjadi kuning sebagaimana yang diancam oleh Nabi Soleh as.
Apabila waktu petang mereka dipanggil oleh pemimpin mereka supaya berkumpul dan mereka berkata : "Ingatlah! Hari kematian kita telah hampir." Masuk hari kedua, iaitu takjil yang bertepatan dengan hari Jumaat. kali ini wajah mereka berubah menjadi merah, masuk waktu petang, mereka kembali menyeru kaumnya : "Ingatlah! Dua hari kematian kita telah berlalu." Masuk hari ketiga, iaitu hari bersenang-senang, yang bertepatan dengan hari Sabtu. kali ini wajah mereka berubah menjadi hitam. Apabila tiba waktu pagi di hari Ahad, mereka memasak dan mempersiapkan diri sambil duduk menunggu azab yang akan menimpa mereka. Mereka tidak tahu bagaimana Allah SWT akan bertindak kepada mereka. Mereka tidak tahu dari mana datangnya seksaan yang datang.
Ketika matahari sedang bersinar, tiba-tiba terdengar suara menggegar dari atas disertai gempa bumi yang amat dahsyat. Dalam waktu yang singkat sahaja mereka bergelimpangan mati. Mereka tidak mampu menahan gegaran suara yang menakutkan itu. Kebenaran telah terbukti, maka mereka menjadi longgokan-longgokan mayat yang bergelimpangan di dalam rumah masing-masing. mereka menjadi bangkai tanpa roh.
Para ahli sejarah dan mutafassir mengatakan bahawa dalam waktu yang singkat itu, tidak ada seorang pun yang terkecuali dari mereka itu , kecuali perempuan yang tengah duduk ditempatnya. Dia bernama Kalbah binti as-Sulaq. Ada yang memanggil dia dengan nama Zariah. Dia terkenal dengan perempuan yang amat gigih mempertahankan kekafiran dan penentangan terhadap Soleh. Apabila melihat datangnya azab, kedua-dua kakinya lumpuh seketika. Dia berusaha bangun tetapi tidak berdaya. Dia merangkak bagai seekor binatang, sekelompok Badwi datang menghampirinya. Dia bercerita kepada mereka tentang trajedi yang menimpa mereka. Perempuan itu meminta air. Setelah diberi minum dia menemui ajalnya sebagaimana yang menimpa kaumnya. Firman Allah SWT :"Seakan-akan mereka belum pernah tinggal di tempat itu. Ingatlah! Sesungguhnya kaum Thamud mengingkari Tuhannya. Ingatlah! kaum Thamud menemui kehancuran." (Surah Hud : 68)

No comments:
Post a Comment